Aku suka bau hujan.
Kalau dulu di Jordan cuma ada semusim yang akan dipeluk awan mendung dan langit gelap.
Cuaca dan suhu itu menurun terus sehingga buat aku tak boleh nak bangun dari selimut tebal. Hee
Kadang tu tak tentu, hujan di pagi hari yang buat sukar untuk bangkit ke kuliah atau hujan di tengahari yang memberhentikan langkah kaki sama ada ingin redah untuk ke bangunan kuliah lain / pulang ke rumah dan boleh jadi sedari petang hingga malam hujannya tak henti-henti sampai semua agenda tergendala.
Tapi aku suka dengan gelapnya langit yang menaungiku itu.
Kelam, dingin, sejuk seperti ada yang memelukku tenang dan damai.
Dengan hanya semusim itulah aku belajar turutan kebesaran Allah yang satu ni dan yang paling digemari ramai orang sampai sanggup ke luar negara untuk merasa pengalaman itu, apa agaknya ?
SALJI !
Ya, salji.
Siapa sangka dari hujan yang membasahi bumi itu bertukar menjadi hujan batu kerana suhu semakin dingin yang akan menghasilkan keping-keping salji yang halus sehalusnya sehingga bumi ini putih dengannya. Seronok bukan bila kita dapat melihat semua itu dengan sekelip mata saja. Sungguh Tuhan itu Maha Berkuasa, Dia mampu mengubah hujan menjadi salji mengikut kehendak-Nya.
Bila duduk di tanah Syams ni, mudah saja dapat apa yang terdetik atau terlintas. Pernah dua kali, aku minta "Harapnya esok hujanlah. Bestnya!", dan esoknya YA HUJAN! Syukur sangat sebab masa tu dah nak musim bunga, jadi jarang-jarang hujan turun.
Kini aku sudah di tanah air sendiri, tak perlu minta hujan memang diberi sebanyak-banyaknya agar manusia seperti aku ini syukur lebih dan lebih lagi sebab masa di Jordan kurang air hujan menyebabkan air dicatu setiap rumah dan seisinya. Alhamdulillah atas semua nikmat dan ujian yang diberikan kepada kita agar sentiasa syukur dan sabar.
Seperti firman-Nya, "Jadilah orang yang sabar, maka Syurga buatmu."
Bila lagi agaknya dapat merasa hujan, frost dan salju ?
Sungguh, aku rindu!